Monday 6 June 2016

MAKMAL BERPUSAT


Laman Utama

Selamat Datang ke Makmal Berpusat UMT

"Untuk menggalakkan perkongsian peralatan canggih dan meningkatkan kualiti penyelidikan berimpak tinggi, kita akan meyediakan kemudahan melalui pendekatan Makmal Berpusat (MB). Matlamat asas pembangunan MB ialah bagi membolehkan UMT menyediakan peralatan canggih dan mahal yang boleh digunakan oleh semua penyelidik di UMT dengan cara lebih berkesan, kos efektif dan penyelenggaraan yang rapi. Makmal begini akhirnya boleh dinaik taraf menjadi Makmal Kebangsaan dan diperluaskan penggunaannya untuk para saintis kebangsaan. Konsep makmal berpusat akan diperluaskan meliputi Stesen Penyelidikan Luar Kampus. Pada peringkat awal Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Pusat Penyelidikan Tanah Bencah Setiu dan Unit Kapal (Pelabuhan Penyelidikan dan Pengajaran) akan ditempatkan di bawah pengurusan MB".


Kata Aluan Pengarah Makmal Berpusat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Bismillahirrahmanirahim….

Makmal Berpusat bertekad merealisasikan hasrat Naib Canselor dalam usaha menggalakkan perkongsian peralatan canggih dan meningkatkan kualiti penyelidikan berimpak tinggi di UMT. Kemudahan penyelidikan yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi di Kompleks Makmal Berpusat dan prasarana penyelidikan luar di Stesen Penyelidikan Marin UMT, Pulau Bidong, Stesen Penyelidikan Tanah Bencah, Setiu dan Stesen Penyelidikan Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang untuk kegiatan penyelidikan di lapangan telah disediakan bagi memacu penyelidikan mapan tidak terhad di UMT malah ke seluruh dunia.


Matlamat utama pembangunan Makmal Berpusat ialah menyediakan peralatan berteknologi tinggi yang boleh digunakan oleh semua penyelidik-penyelidik di UMT dan luar dengan cara lebih berkesan, kos efektif dan penyelenggaraan yang rapi. Justeru, Makmal Berpusat berazam untuk menjadi makmal bertaraf Kebangsaan pada masa hadapan. Konsep ini akan diperluaskan meliputi Stesen Penyelidikan Luar Kampus.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Warga UMT haruslah meningkatkan kekuatan kepakaran yang sedia ada dengan mencakupi kepelbagaian ilmu, multi dan transdisiplin yang lebih lestari dan dengan ini akan berpotensi melonjakkan UMT sederap Universiti terkehadapan dunia.



“BUDAYA KECEMERLANGAN, PROJEK BERIMPAK TINGGI”

”TEROKAAN SELUAS LAUTAN DEMI KELESTARIAN SEJAGAT”

Salam Hormat,

Prof. Madya Engr. Dr Mohammad Fadhli Bin Ahmad
Pengarah,
Makmal Berpusat,
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
 


Objektif Makmal Berpusat adalah:


  1. Memacu agenda penyelidikan UMT dengan penyediaan  makmal berkapasiti tinggi,  fasiliti yang terkini dan instrumentasi yang terbaik.
  2. Menyokong penyelidikan mapandengan penyediaan fasiliti berteraskan bidang tujahan di stesen-stesen penyelidikan luar UMT.
  3. Memperkukuhkan agenda penyelidikan dengan penyediaan fasiliti sokongan yang dinamik.
Piagam Pelangan
  1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan terbaik untuk menyokong kecemerlangan penyelidikan berterusan.
  2. Mempraktikkan tahap profesionalisme, integriti dan kompetensi yang tinggi pada setiap masa.
  3. Memastikan kesediaan instrumentasi dan fasiliti supaya dapat digunakan pada waktu yang diperlukan.

Makmal Berpusat,
Kompleks Makmal Berpusat,
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu, Terengganu,
Tel : +609-6683559
Faks : +609-6683395
Emel : makmal.berpusat@group.umt.edu.my

Facebook: Makmal Berpusat Universiti Malaysia Terengganu




0 comments:

Post a Comment